Warning: imagepng(/home/lunatots/domains/themilkstory.com/public_html/image/cache/data/journal2/transparent-250x250.png): failed to open stream: Permission denied in /home/lunatots/domains/themilkstory.com/public_html/system/library/image.php on line 47Warning: imagepng(/home/lunatots/domains/themilkstory.com/public_html/image/cache/data/journal2/misc/avatar-70x70.png): failed to open stream: Permission denied in /home/lunatots/domains/themilkstory.com/public_html/system/library/image.php on line 47 Penyusuan Susu Ibu di Bulan Puasa Ramadan

Penyusuan Susu Ibu di Bulan Puasa Ramadan

Posted by Suraya 03/06/2015 0 Comment(s) Artikel Bahasa Melayu,

Sinar Harian

Teruskan Menyusu di bulan Puasa Ramadan
Artikel ini disiarkan di Akhbar Sinar harian pada 12 Disember 2010

Bulan Ramadhan semakin tiba.
Ibu berkata sendiri “Tiada alternatif untuk susu ibu, saya akan melakukan penyusuan eksklusif”

Biar apa pun propaganda iklan sekalipun dihasilkan dalam menarik golongan ibu memilih susu formula terbaik untuk bayi mereka, ia sekali-kali tidak akan menyamai susu ibu.

Hak eksklusif itu diberikan Allah SWT kepda wanita sehingga bayi mereka berusia dua tahun.
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penysuan itu.” (Al-Baqarah:233)

Abdul Mutalib, datuk Nabi Muhammad SAW juga mencari-cari ibu usu untuk menyusukan cucunya itu yang antara lain supaya baginda Rasulullah S.A.W tidak dijangkiti penyakit-penyakit, sama ada dari serangan virus atau kuman mahupun penyakit yang merosakkan pemikiran.

Ibu susuan Nabi S.A.W ialah Halimah atau dikenali Halimatus Saadiah (kerana berasal dari Bani Saad) binti Abu Dhuayb, isteri kepada al-Harith bin Abdul Uzza.

Begitu jelas susu ibu ialah makanan terbaik untuk bayi, malah lebih 4,000 spesis mamalia di muka bumi diberikan kelebihan untuk menyusukan anak. Manusia adalah ciptaan terbaik-Nya. Susu lembu adalah untuk anak lembu dan tidak boleh menjadi alternatif kepada susu ibu.

Konsultan Laktasi yang juga merupakan Pengarah Urusan Lunatots, Puan Siti Nur Suraya binti Mohamed Ali berkata, tidak sedikit ibu bekerja hari ini beralih kepada susu formula apabila habis berpantang (iaitu mula bekerja). Ianya boleh jadi terpengaruh dengan iklan susu formula yang banyak dikeluarkan di kaca televisyen dan akhirnya menjadi trend bagi ibu-ibu bekerjaya.


KOMPOSISI SUSU IBU SAMA

Suatu ketika dahulu dunia digemparkan dengan isu pencemaran kandungan melamin dalam susu formula di China yang menyebabkan enam orang bayi meninggal dunia dan kira kira 300,000 bayi di China menderita akibat kegagalan buah pinggang.

Kejadian itu seharusnya menjadi pandauan kepada ibubapa bahawa setiap kandungan dalam susu formula mempunyai komposisi yang berbeza. Tidak boleh dinafikan lagi kerana industri tenusu dan pengusaha berlumba-lumba untuk menampilkan yang terbaik kepada ibu bapa, misalnya formula untuk IQ bayi, tumbesaran, kandungan DHA, susu kolustrum dan sebagainya. Disebabkan itu juga harga susu formula atau rumusan di pasaran berbeza-beza.

Setiap formula tersebut diperkenalkan mengikut kompsisi berdasarkan umur bayi. Setiap tahap umur berbeza sukatan pengambilannya. Berbeza dengan susu ibu, walaupun bayi membesar sehingga dua tahun dan masih menyusu, kandungan protein dan lemak serta gula dalam susu ibu tetap seimbang untuk keperluan bayi.
Misalnya ketika ibu mula bekerja dan bayi berusia 2 bulan, bayi mungkin minum 3 oz ke 5 oz setiap 2 jam. Biarpun beliau sudah berusia 1 tahun, jumlah yang diminumnya pada setiap 2 jam masih 3 oz ke 5 oz sahaja.

Susu ibu juga mengandungi antibodi yang tinggi – menguatkan semangat ibu untuk terus menyusukan bayinya.Walaupun ada ibu yang bimbang untuk menyusukan bayi ketika demam, namun ibu boleh terus menyusukan kerana badan ibu sedang membina antibodi untuk penyakit dan penyusuan dapat memindahkan imuniti kepada bayi.

“Pemakanan ibu tidak mempunyai kesan secara langsung kepada bayi namun mengapa bayi mennagis perlu dikenal pasti. Terdapat bayi yang sangat tidak suka lampinnya basah. Mungkin juga bayi sedang mengalami Growth Spurt (atau peralihan bulan) yang menyebabkannya merasa kurang selesa dan menangis.

Bagaimanapun ibu perlu mengambil makanan yang sihat sepanjang proses penyusuan.” Sambung Puan Siti Nur Suraya ketika ditemui di pejabatnya di Cheras, semalam.


CABARAN IBU BEKERJA

Menjadi hak anak untuk disusukan oleh ibunya secara eksklusif. Ibu perlu mendapatkan kefahaman samada di hospital atau klinik kesihatan ibu, selain membaca di Internet.
Menurut Puan Siti Nur Suraya, ibu yang bekerja harus mengekalkan penyusuan bayi sehingga usia dua tahun secara eksklusif selama enam bulan. Campuran susu formula tidak lagi dianggap eksklusif.
Bayi sudah boleh memulakan makanan pejal ketika berusia lebih enam bulan.

Ibu-ibu memerlukan sokongan orang-orang terdekat seperti suami, ibu bapa dan mertua serta adik beradik agar penyusuan dapat diteruskan.
Kata-kata seperti “Alah, orang dulu elok je minum susu tepung”  mahupun “Ibu bekerja susah nak mengepam dan menyusu ni” harus dielakkan.

Bagaimana menguruskan penyusuan susu ibu ditempat kerja, Puan Siti Nur Suraya berkata bahawa ibu  bekerja perlu berbincang dengan majikan. Kini semakin ramai majikan yang memahami tuntutan ibu menyusu yang bekerja.

“Pergi bekerja bukan alasan untuk tidak menyusukan bayi dengan susu ibu. Ibu boleh memerah susu dan dimasukkan kedalam beg penyejuk (atau peti ais) di tempat kerja. Susu ibu tahan disimpan selama 3 bulan. Sekiranya ibu menyusu memulakan pengepaman semasa didalam pantang, lebih banyak susu akan dapat disimpan sebagai bekal.”

Terutama dalam keadaan bulan Ramadhan yang hampir tiba. Ibu digalakkan mengepam di rumah 3 jam sekali sewaktu bersama bayi sama seperti ibu mengepam di pejabat.

Sekiranya bayi minum susu ibu sebanyak 5 botol sewaktu ibu bekerja selama lebih kurang 10 jam, ibu perlu mula mendapatkan stok susu sebanyak sekurang-kurangnya 7 botol sehari dimana 5 botol di pejabat dan 2 botol dipam dirumah.

Amalan ini akan mengelakkan susu ibu menjadi kurang sewaktu bulan Ramadhan.
Pam susu bergred hospital juga digalakkan kerana ianya lebih terjamin, berkualiti dan senyap – sesuai untuk ibu yang bekerja.

Minuman dan makanan yang mengandungi halba juga digalakkan diambil oleh ibu menyusu untuk membantu menenangkan dan membantu meningkatkan produksi susu ibu.

Leave a Comment